KANTIN BERSIH, SIHAT, SELAMAT DAN CERIA
Kantin
merupakan sebuah tempat atau ruangan yang digemari pelajar sekolah. Kepentingan
kantin di sekolah bukan sahaja dilihat menjadi tempat berhimpun pelajar, tetapi
juga tempat menjamu selera makanan yang sihat. Oleh itu, Program Kantin Bersih,
Selamat, Sihat dan Ceria merupakan satu program yang dapat memaksimumkan
penggunaan kantin di sekolah. Program ini merupakan satu inisiatif yang baik
dalam memperkembang pengetahuan tentang fungsi kantin dan memanfaatkan kantin
secara optimum kepada para pelajar. Selain itu, warga sekolah dapat menunjukkan
sikap kebersamaan dan kebertanggungjawab terhadap salah satu kemudahan yang
penting yang telah disediakan dalam usaha untuk menceria dan memelihara
kebersihan, keselamatan dan keceriaannya.
INFO TV
Televisyen
digunakan bagi memaparkan info terkini berkaitan pemakanan dan kesihatan. Ianya
dipasang semasa waktu rehat bagi tontonan murid-murid dan warga sekolah.
INFO
DOKTOR MUDA
Pelbagai informasi
terkini berkaitan Program Doktor Muda dipaparkan untuk makluman semua. Turut
dipaparkan brosur, poster dan aktiviti berkaitan kesihatan dan lain-lain.
ZON
CUCI TANGAN
Sebelum dan selepas
makan, murid tidak dapat tidak akan membaca pelbagai info berkaitan kebersihan
dan cara membasuh tangan yang betul. Paparan dapat membentuk tabiat yang baik.
SUDUT
INOVASI MURID
Memaparkan hasil
kerja murid-murid semasa p&p atau aktiviti persatuan.
RUANG
RMT
Penyediaan ruang
khusus untuk RMT. Penyediaan RMT disediakan pada waktu rehat murid. Seorang
guru bertugas mingguan akan menguruskan agihan makanan kepada murid-murid RMT.
Guru yang bertugas juga disediakan makanan yang sama untuk dirasa.
SUDUT
PERMAINAN
Penyediaan sudut
permainan memberi ruang murid mengisi masa selepas makan atau menunggu ibu
bapa.
SUDUT KITAR SEMULA
Warna
: Biru | Kegunaan
: Kertas
Semua kertas
berwarna dan tidak berwarna seperti akhbar, majalah, buku, helaian kertas
katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak kadbod.
Tidak
termasuk :
Kertas tisu, kertas
karbon, kertas minyak/aluminium, kertas berlapis plastik dan kertas yang kotor.
Warna
: Coklat | Kegunaan
: Kaca
Semua kaca berwarna
dan tidak berwarna seperti botol minuman ringan, baling makanan, botol vitamin dan
botol kosmetik.
Tidak
termasuk :
Kristal, cermin
tingkap, skrin kenderaan, porselin, seramik, logam, peralatan makmal dan baling
atau botol bahan toksik.
Warna
: Jingga | Kegunaan
: Tin Aluminium, Tin Keluli dan Plastik
Semua jenis
aluminium dan tin keluli seperti tin minuman ringan dan bekas makanan. Semua
plastik berwarna dan tidak berwarna seperti beg plastik membeli belah, botol
air mineral, bekas makanan, botol cecair pencuci dan botol vitamin.
Tidak
termasuk :
Bekas cat, bekas
bahan toksik, peralatan makmal dan bekas styrofom.TAMAN HERBA
Taman herba sekolah disediakan bertujuan memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang tumbuh-tumbuhan yang digunakan dalam makanan. Di samping itu, taman ini memberi sumber kepada warga sekolah untuk kegunaan.
Hasil kerjasama guru dan waris telah menceriakan kawasan sekolah dengan pelbagai rekacipta yang terhasil daripada bahan buangan. Program ini secara tidak langsung memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan kitar semula.
SUDUT MERASA MAKANAN
Sudut ini disediakan untuk guru membuat penilaian tentang makanan yang disajikan kepada murid-murid untuk jualan dan RMT
SUDUT HARI LAHIR
Penerapan sekolah penyanyang diterjemahkan dengan meujudkan Sudut Hari Lahir. Murid dan guru memeriahkan sambutan hari lahir bagi mewujudkan iklim sekolah yang ceria dan penyanyang.
SUDUT BMI
Sudut BMI merupakan satu garispanduan yang diketengahkan untuk mewujudkan gaya hidup sihat. Murid dapat mengira tahap perkembangan fizikal dari masa ke masa.
MURAL KESIHATAN
Mural kesihatan yang terdapat di bangunan kantin bukan sahaja menceriakan kantin malahan dapat menyampaikan mesej secara tidak langsung.
No comments:
Post a Comment