MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SK KELIBANG
31 JULAI 2016 | ANJUNG PERSADA






MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SK KELIBANG
31 JULAI 2016 | ANJUNG PERSADA






KANTIN BERSIH, SIHAT, SELAMAT DAN CERIA

KANTIN BERSIH, SIHAT, SELAMAT  DAN CERIA


      Kantin merupakan sebuah tempat atau ruangan yang digemari pelajar sekolah. Kepentingan kantin di sekolah bukan sahaja dilihat menjadi tempat berhimpun pelajar, tetapi juga tempat menjamu selera makanan yang sihat. Oleh itu, Program Kantin Bersih, Selamat, Sihat dan Ceria merupakan satu program yang dapat memaksimumkan penggunaan kantin di sekolah. Program ini merupakan satu inisiatif yang baik dalam memperkembang pengetahuan tentang fungsi kantin dan memanfaatkan kantin secara optimum kepada para pelajar. Selain itu, warga sekolah dapat menunjukkan sikap kebersamaan dan kebertanggungjawab terhadap salah satu kemudahan yang penting yang telah disediakan dalam usaha untuk menceria dan memelihara kebersihan, keselamatan dan keceriaannya.


INFO TV
Televisyen digunakan bagi memaparkan info terkini berkaitan pemakanan dan kesihatan. Ianya dipasang semasa waktu rehat bagi tontonan murid-murid dan warga sekolah.



INFO DOKTOR MUDA
Pelbagai informasi terkini berkaitan Program Doktor Muda dipaparkan untuk makluman semua. Turut dipaparkan brosur, poster dan aktiviti berkaitan kesihatan dan lain-lain.



ZON CUCI TANGAN
Sebelum dan selepas makan, murid tidak dapat tidak akan membaca pelbagai info berkaitan kebersihan dan cara membasuh tangan yang betul. Paparan dapat membentuk tabiat yang baik.



SUDUT INOVASI MURID
Memaparkan hasil kerja murid-murid semasa p&p atau aktiviti persatuan.



RUANG RMT
Penyediaan ruang khusus untuk RMT. Penyediaan RMT disediakan pada waktu rehat murid. Seorang guru bertugas mingguan akan menguruskan agihan makanan kepada murid-murid RMT. Guru yang bertugas juga disediakan makanan yang sama untuk dirasa.



SUDUT PERMAINAN
Penyediaan sudut permainan memberi ruang murid mengisi masa selepas makan atau menunggu ibu bapa.



SUDUT KITAR SEMULA

Warna : Biru | Kegunaan : Kertas
Semua kertas berwarna dan tidak berwarna seperti akhbar, majalah, buku, helaian kertas katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak kadbod.
Tidak termasuk :
Kertas tisu, kertas karbon, kertas minyak/aluminium, kertas berlapis plastik dan kertas yang kotor.

Warna : Coklat | Kegunaan : Kaca
Semua kaca berwarna dan tidak berwarna seperti botol minuman ringan, baling makanan, botol vitamin dan botol kosmetik.
Tidak termasuk :
Kristal, cermin tingkap, skrin kenderaan, porselin, seramik, logam, peralatan makmal dan baling atau botol bahan toksik.

Warna : Jingga | Kegunaan : Tin Aluminium, Tin Keluli dan Plastik
Semua jenis aluminium dan tin keluli seperti tin minuman ringan dan bekas makanan. Semua plastik berwarna dan tidak berwarna seperti beg plastik membeli belah, botol air mineral, bekas makanan, botol cecair pencuci dan botol vitamin.     
Tidak termasuk :
Bekas cat, bekas bahan toksik, peralatan makmal dan bekas styrofom.



TAMAN HERBA

Taman herba sekolah disediakan bertujuan memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang tumbuh-tumbuhan yang digunakan dalam makanan. Di samping itu, taman ini memberi sumber kepada warga sekolah untuk kegunaan.



INOVASI GURU / KITAR SEMULA

Hasil kerjasama guru dan waris telah menceriakan kawasan sekolah dengan pelbagai rekacipta yang terhasil daripada bahan buangan. Program ini secara tidak langsung memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan kitar semula.






SUDUT MERASA MAKANAN

Sudut ini disediakan untuk guru membuat penilaian tentang makanan yang disajikan kepada murid-murid untuk jualan dan RMT





SUDUT HARI LAHIR

Penerapan sekolah penyanyang diterjemahkan dengan meujudkan Sudut Hari Lahir. Murid dan guru memeriahkan sambutan hari lahir bagi mewujudkan iklim sekolah yang ceria dan penyanyang.




RUANG MAKAN





SUDUT BMI
Sudut BMI merupakan satu garispanduan yang diketengahkan untuk mewujudkan gaya hidup sihat. Murid dapat mengira tahap perkembangan fizikal dari masa ke masa.



MURAL KESIHATAN
Mural kesihatan yang terdapat di bangunan kantin bukan sahaja menceriakan kantin malahan dapat menyampaikan mesej secara tidak langsung.